Transformasi Pertanian kepada pertanian kreatif
🌿
🌿
Belata Belantara percaya pertanian konvensional perlukan anjakan baru kepada pertanian kreatif. Warga belia perlukan suntikan semangat baru untuk menjayakan agenda pertanian dan keterjaminan makanan dengan tarikan pertanian kreatif. Inspirasi baru pertanian kreatif menggabungkan elemen pertanian digandingkan bersama automasi pertanian, langskap tanah pertanian, rekreasi pertanian dan pelancongan agro bakal memberikan senario baru dunia pertanian moden.
Kenali kami
Mula Berakar dengan Keinginan, agar Berbunga dengan kecemerlangan
Koperasi Belata Belantara Berhad, kami tertubuh untuk memenuhi hasrat dan keinginan para anggota untuk mencipta model baru dunia pertanian melalui pertanian kreatif. Dengan kepercayaan adunan kreativiti, kegigihan, kepekaan dan penjagaan yang sempurna, kami bakal membuat anjakan kepada transformasi dan kelestarian pertanian kreatif dengan cemerlang.
Sokong dan Sertai Kami
Dapatkan maklumat lanjut melalui pautan di bawah mengikut kategori anda